Monday, 26 December 2011
baGaimana meliHat dari PersPektif pElanGgan
Antara perkara terpenting bagi seseorang usahawan adalah apabila berkomunikasi dengan orang lain. Secara umum, kita akan membiarkan kita berkomunikasi secara automatik dan kita akan belajar dari kegagalan ini (namun ada ketika kita tidak pernah belajar).Contohnya, apabila anda menghubungi seseorang pelanggan anda untuk mempromosikan perniagaan anda. Anda akan call dan terus bercakap seperti biasa. Contohnya "Hello, nama saya SJ, saya nak promosikan perniagaan saya iaitu... bla bla bla"
Kemudian anda akan cuba lagi dengan kaedah yang sama dengan pelanggan lain. Akhirnya jika 20% dari panggilan itu berjaya, anda akan cuba mengubah sedikit cara panggilan atau teruskan dengan cara biasa kerana anda sudah berpuashati dengan 20% ini.
Namun sebenarnya anda boleh meningkatkan keberkesanan panggilan ini jika anda lebih prihatin dan melihat dari kaca mata pelanggan. Maksud saya, anda boleh dapat keputusan positif yang lebih dari 20% jika anda berusaha.
Bagaimana ?
Tips utama adalah, jika anda ingin menghubungi seorang pelanggan untuk mempromosikan perniagaan anda. Anda perlu pandang dari aspek pelanggan tersebut dan bukan dari aspek anda.
Saya biasanya akan melakukan beberapa sesi dialog dalam kepala tentang bagaimana untuk bercakap dalam bahasa yang sama dengan pelanggan tersebut. Ini dilakukan sebelum membuat panggilan. (ini hanya memakan masa beberapa minit, lama-kelamaan anda akan melakukannya secara spontan)
Contohnya
Kaedah A : "Assalamualaikum, saya SJ dari syarikat xx, kami ingin menjual produk kami iaitu Pen Membaca Quran..."
Kaedah ini sama seperti apa yang dilakukan oleh salesman insuran atau kad kredit lain. Jadi pelanggan akan mengelak untuk bercakap lebih lanjut sebelum anda nyatakan apa perniagaan anda.
Kaedah B : "Assalamualaikum, saya SJ, saya dapat nombor ini dari Si A, kami nak jual Pen Membaca Quran yang terbaru di pasaran."
Kaedah ini lebih baik daripada kaedah A, tetapi masih nampak seperti anda yang ingin pembeli membantu anda, bukan anda yang membantu pembeli.
Kaedah C : Assalamualaikum, saya SJ, saya ada produk yang akan menyelesaikan masalah pembacaan Al-Quran yang canggih dan terbaik di pasaran. Anda mungkin takkan percaya, ini adalah sebatang pen teknologi tinggi yang membantu anda membaca Quran.
Kaedah ketiga mungkin kaedah yang terbaik kerana ia akan menyebabkan pelanggan tertanya-tanya apakah produk ini. Dan anda juga menerangkan mengenai masalah yang diselesaikan dan nilai tambah yang diberi.
Apa yang saya cuba terangkan di sini adalah:-
1. Anda perlu melakukan satu mock-up persediaan A, B dan C seperti di atas tentang senario yang anda bakal hadapi. Setiap pelanggan adalah berbeza samada dari segi umur, kerjaya, bangsa, kewangan dan lain-lain. Jadi lebih tepat anda bercakap dengan mereka, lebih tinggi kebarangkalian anda untuk membuat jualan.
2. Anda perlu fokus kepada masalah yang akan dapat diselesaikan melalui produk anda. Setiap orang suka apabila masalah yang mereka ada diselesaikan. Dan fakta yang lebih seronok, semua orang ada masalah untuk diselesaikan.
3. Anda perlu fokus kepada nilai tambah yang akan diberikan oleh produk anda dalam hidup pembeli. Setiap yang hidup inginkan pembangunan atau nilai tambah dalam hidup mereka. Kebanyakan pembeli membeli produk untuk menjadi lebih baik dari apa yang mereka sedia ada. Kita beli telefon bimbit canggih untuk mendapat nilai tambah, kita membeli buku untuk mendapat nilai tambah, kita membeli kereta pun untuk mendapat nilai tambah.
Semakin hari anda melatih kaedah ini, anda akan melihat kejayaan jualan anda akan bertambah dan anda akan membuang perkara tidak perlu dalam apa yang anda cakap. Anda juga akan bercakap dengan bahasa yang betul mengikut kaca mata pelanggan anda.
Dengan tiga kaedah ini, anda akan melatih otak anda untuk berfungsi dengan baik terhadap pelanggan dan ini akan meningkatkan kebarangkalian kejayaan jualan anda Kaedah ini juga boleh digunakan untuk bercakap dengan orang yang selain dari pelanggan anda seperti apabila bercakap dengan boss, rakan sekerja, pembekal atau wartawan.
Ingat
1. Buat mock-up dialog
2. Fokus untuk selesaikan masalah
3. Fokus untuk menambah nilai
Wednesday, 14 December 2011
penatnyer..
penat giler mgu nih,, aq ingt dh xde kls ke kuis ke ape ke besok..tp tup2 ade 3 kuis besok.plus plak asgmnt yg serabut palo ni...harap2 xde kuis esok n klu ade pon soklan yg senang2 then bleh meniru plak mcm kls ICT tad..huhu..
Tuesday, 13 December 2011
matI.................
KUALA TERENGGANU – Air kelapa menjadi hidangan terakhir seorang pelatih silat Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) sebelum dia lemas di Pantai Tok Jembal dekat sini semalam.
![]() |
Kejadian berlaku kira-kira pukul 10 pagi ketika mangsa, Norhidayu Mokhtar, 19, (gambar) bersama 13 lagi rakannya sedang membuat latihan di pantai tersebut sebelum menyertai satu pertandingan silat di Selangor hari ini.
Mangsa yang berada di tepi pantai itu dikatakan cuba membantu seorang rakannya yang dikenali sebagai Hanisah yang tiba-tiba tenggelam ketika mandi bersama tujuh lagi rakan mereka.
Bagaimanapun, dia turut lemas bersama seorang lagi rakan dikenali sebagai Adibah yang juga cuba membantu mangsa pertama. Mereka bertiga kemudian berjaya dibawa ke tebing oleh rakan mereka yang lain. Norhidayu bagaimanapun meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Seberang Takir.16 MAY 10
Sunday, 11 December 2011
sElamat berAmal smUa.........=)

Menurut Ibn `Atha (Daripada Ibn ‘Athailah, pengarang al Hikam), doa itu mempunyai beberapa rukun yang kuat menyebabkan naik ke langit untuk diterima Allah s.w.t . Rukun yang paling utma ialah hadir hati dan memohon dengan tawaduk. Sayap-sayap doa itu adalah berdoa dengan penuh keikhlasan dari hati dan bertepatan dengan waktu yang dimakbulkan doa, iaitu :
Ketika hendak solat
Pada waktu tengah malam terutama sepertiga akhir malam . Sabda Nabi s.a.w
“ Allah s.w.t turun ke langit dunia apabila tinggal sepertiga malam yang terakhir dan berkata : Ada sesiapa yang memohon kepada-Ku untuk Kumakbulkan , ada sesiapa yang meminta kepada-Ku untuk Kuberikan , ada sesiapa yang beristighfar memohon keampunan untuk Kuampunkan?” ( HR Bukhari dan Muslim )Waktu diantara azan dan iqamah . Sabda Nabi s.a.w
“ Tidaklah ditolak doa diantara azan dan iqamah .” ( HR Al-Tirmizi)Ketika sujud dalam solat . Sabda Nabi s.a.w
“ Sehampir-hampir hamba kepada Tuhannya ialah ketika waktu sujud , maka perbanyakkanlah berdoa .” ( HR Muslim )Selesai solat fardu. Sabda Nabi s.a.w ketika ditanya tentang waktu mustajab doa :
“ Doa itu mustajab pada waktu malam dan selesai solat fardu .” (HR Al-Tirmizi)Ketika berpuasa . Sabda Nabi s.a.w
“ Tiga bentuk doa yang dimustajabkan Allah , doa ibu bapa terhadap anak , doa orang yang berpuasa dan doa orang bermusafir .” (HR Al-Baihaqi)Malam Lailatu Al-Qadar . Malam Al-Qadar berlaku pada bulan Ramadhan . Kemungkinan besar ia berlaku pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan berdasarkan kepada beberapa hadis yang menggesa para sahabat mencari malam Al-Qadar pada sepuluh malam terakhir .
Aisyah r.a bertanya kepada Rasulullah s.a.w “ Sekiranya saya bertemu dengan Lailatul Qadar , apakah yang perlu say abaca? Jawab Rasulullah s.a.w sebutlah olehmu Ya Allah, sesungguhnya Kamu Maha Pemaaf lagi Maha Mulia . Kamu sukakan kemaafan . Jesteru , maafkanlah aku .” (HR Al-Tirmizi, Ibn Majah & Al-Nasa’ie , lihat sahih Al-Tirmizi )
Ketika khatam 30 juzuk Al-Quran . Allah s.w.t berfirman dalam surah Fatir ayat ke-29 maksudnya :
“ Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan daripada apa yang kami kurniakan kepada mereka secara tertutup atau terbuka , mereka ( dengan amalan yang demikian ) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian , supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahkan mereka daripada limpah kurnia-Nya . Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya ( akan orang-orang yang bersyukur kepada-Nya )Sepanjang hari Jumaat dengan harapan bersua dengan waktu mustajab doa . Sabda Nabi s.a.w
“ Pada hari Jumaat itu , ada satu waktu yang apabila seseorang hamba memohon sesuatu kepada Allah , maka akan diberikannya .” (HR Bukhari & Muslim )
Sepanjang perjalanan semasa bermusafir . Sabda Nabi s.a.w
“ Tiga bentuk doa yang dimustajabkan Allah , tidak syak padanya iaitu : Doa orang yang teraniaya , Doa orang yang bermusafir dan Doa ibu bapa terhadap anaknya.” ( HR Abu Dawud)
Ketika berjihad dan sewaktu melaksanakan ibadah haji atau umrah . Hal ini berdasarkan sebuah hadis :
“ Orang yang berjihad pada jalah Allah dan orang yang mengerjakan haji serta umrah merupakan tetamu Allah , mereka berdoa kepada Allah lalu diterimanya.” (HR Ibn Majah)
Ketika iman meningkat kerana mentaati Allah . Sabda Nabi s.a.w.
“ …dan adalah hamba-Ku mendekatkan dirinya kepada-Ku dengan ibadah yang sunat sehingga aku mencintainya. Jika aku sudah mencintainya , aku akan menjadi pendengarannya yang dengannya dia mendengar dan penglihatannya yang dengannya dia melihat dan tangannya yang dengannya dia menyentuh dan kakinya yang dengannya dia melangkah, dan jika dia meminta akan ku berikan , dan jika dia meminta perlindungan nescaya akan kulindungi …” (HR al-Bukhari ) .Hadis ini menjadi bukti jaminan mustajabnya doa hamba tatkala keimannya memuncak . Ini boleh berlaku dengan beriltizam dengan ketaatan mengerjakan amal ibadah kepada Allah . (Fiqhud Du’a , Bab siapa yang Mustajab Doanya )
Waktu menerima ujian . Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Naml ayat 62 , yang bermaksud
“ Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepada-Nya , dan yang menghapuskan kesusahan , serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu ) mendiami dan menguasai bumi ? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah ? Amat sedikit antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu ).”Menurut pandangan ulama , dijamin penerimaan doa orang yang menghadapi bebanan ujian kerana biasanya bala yang berlaku menyebabkan timbulnya pasrah dan ikhlas berdoa meminta diselamatkan . (Tafsir al-Qurtubi ,tafsir ayat 62 surah al-Naml)
Ketika tentara Islam berhadapan dengan tentera musuh . Dalilnya ialah Nabi s.a.w bersabda
“ Dua jenis doa yang tidak akan ditolak oleh Allah s.w.t atau jarang sekali ditolak : doa sewaktu azan dan doa ketika berlakunya peperangan.” (HR Abu Dawud,hadis hasan )Ketika ayam berkokok . Nabi s.a.w. bersabda
“ Apabila kamu mendengar ayam berkokok, maka mohonlah anugerah-Nya kerana ayam itu melihat malaikat .” (HR al-Bukhari , Muslim )Tatkala Berbuka Puasa Bagi Orang Yang Berpuasa
Dari Abdullah bin ‘Amr bin ‘Ash Radhiyallahu ‘anhu bahawa dia mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak”. (Sunan Ibnu Majah, bab Fis Siyam La Turaddu Da’watuhu 1/321 No. 1775. Hakim dalam kitab Mustadrak 1/422. Dishahihkan sanadnya oleh Bushairi dalam Misbahuz Zujaj 2/17)Ketika Saat Sedang Hujan
Dari Sahl bin a’ad Radhiyallahu ‘anhu bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda.
“Dua doa yang tidak pernah ditolak ; doa ketika waktu adzan dan doa ketika waktu hujan”. (Mustadrak Hakim dan dishahihkan oleh Adz-Dzahabi 2/113-114).Imam An-Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada waktu hujan tidak ditolak atau jarang ditolak ialah kerana pada saat itu sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim. (Fathul Qadir 3/340).
Doa Ketika Hari Arafah
Dari ‘Amr bin Syu’aib Radhiyallahu ‘anhu dari bapaknya dari datuknya bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
“Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah”. (Sunan At-Tirmidzi, bab
Jamiud Da’waat 13/83)
Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka Dia menyayangimu.
Bila Dia lambat memakbulkan doamu, maka Dia sedang mengujimu.
Bila Dia tak makbulkan doamu, maka dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.
Bila Dia lambat memakbulkan doamu, maka Dia sedang mengujimu.
Bila Dia tak makbulkan doamu, maka dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.
Bersangka baiklah pada Allah dalam apa jua keadaan.
Kasih sayang Allah mendahului kemurkaan-Nya
Kasih sayang Allah mendahului kemurkaan-Nya
huahaha..................kAwin???

Daripada Abdullah bin Mas’ud r.a berkata: “Ketika kami muda, kami berada bersama-sama Nabi s.a.w dan kami tidak mempunyai apa-apa harta. Baginda berkata kepada kami: “Wahai para pemuda! Jika kamu mampu hendaklah kamu berkahwin, sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan menjaga kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu hendaklah berpuasa kerana berpuasa itu adalah pendinding baginya.” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)Norma masyarakat kita, tamat pengajian dan bekerja beberapa tahun dulu baru mendirikan rumah tangga. Namun, kini semakin ramai pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) berkahwin ketika belajar terutama dalam kalangan penuntut pengajian Islam dan mereka yang belajar di luar negara.
Sememangnya memenuhi tuntutan agama itu pada usia muda memberi banyak manfaat terutama untuk menghalalkan hubungan daripada terjebak dengan budaya couple yang boleh mengundang maksiat.
Melangsungkan perkahwinan pada cuti semester menjadi pilihan kebanyakan pelajar yang mengambil keputusan kahwin awal.
Dengan restu dan sokongan ibu bapa, niat baik mereka dipermudahkan walaupun berdepan pelbagai cabaran. Pelajar terpaksa membuat persiapan saat akhir kerana perlu menduduki peperiksaan dan bersengkang mata membuat kerja sampingan bagi memastikan bajet mencukupi.
Antaranya, pasangan pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Mohd Azwan Fadhli Muhamad, 24 dan Azizan Mohd Zan, 23 yang sah bergelar suami isteri apabila menjalani akad nikah, baru-baru ini di Klang.
Mohd Azwan berkata, beliau berhasrat mengikut hubungan suci itu sejak tahun lalu, bagaimanapun perlu beberapa kali berjumpa keluarga pasangannya untuk meyakinkan mereka mengenai hasrat murninya itu.
Katanya, perancangan awal memeterai ikatan itu pada Mei lalu, setelah bertunang Februari lalu, bagaimanapun tarikh itu ditunda kepada cuti semester bulan ini kerana faktor kewangan dan tuntutan pengajian.
“Sejak mengenali Azizan yang juga sama kelas bagi mata pelajaran Khat, saya bercadang berkahwin awal. Saya yakin keputusan mendirikan rumah tangga pada usia muda pastinya membawa berkat.
“Melihat ramai rakan di universiti yang berkahwin ketika belajar bertambah terurus hidup mereka, mendapat keputusan akademik lebih baik. Mereka juga bijak mengurus masa serta lebih bertanggungjawab. Senario ini meningkatkan keyakinan saya untuk meneruskan hasrat ini.
Mohd Azwan yang kini mengikuti pengajian tahun akhir ijazah Sains Seni Bina berkata bagi menanggung kos perbelanjaan perkahwinan kira-kira RM15,OOO, beliau mengambil upah projek seni reka grafik dan fotografi sementara pasangannya menjadi guru tadika serta mengadakan kelas tuisyen sebagai pekerjaan sampingan.
Sementara itu, Azizan berkata, persefahaman antara pasangan dengan keluarga memudahkan persiapan perkahwinan termasuk mengambil langkah berjimat cermat.
“Memahami situasi kami yang sama-sama belajar dan belum ada pendapatan tetap keluarga tidak meletakkan nilai hantaran terlalu tinggi dan pemilihan barang hantaran juga berpatutan.
“Kad jemputan perkahwinan kami siap sebulan sebelum majlis kerana dibuat sendiri Mohd Azwan yang perlu menunggu tamat peperiksaan pada awal bulan lalu sebelum menumpukan sepenuhnya pada persiapan perkahwinan.
“Tarikh majlis bertandang bagi sebelah keluarga lelaki juga belum ditetapkan kerana perlu memikirkan soal peruntukan kewangan untuk majlis itu serta memberi keutamaan kepada pengajian semester baru bermula,” katanya.
Mengenai perancangan selepas berkahwin, Azizan berkata, mereka terpaksa tinggal berasingan di kolej kediaman masing-masing selama dua bulan sebelum menyewa rumah berhampiran UIAM.
“Kami akan terus melakukan kerja sampingan untuk menyara hidup selepas berkahwin dan pada masa sama memastikan kecemerlangan akademik supaya dapat terus menikmati kemudahan biasiswa.
“Walaupun hidup serba sederhana, lebih utama kami menghalalkan hubungan dan percaya Allah SWT sentiasa membuka pintu rezeki bagi kami. Petanda sudah ada kerana Mohd Azwan ditawarkan jawatan artis grafik sambilan daripada sebuah syarikat baru-baru ini,” katanya.
Dalam surah An-Nur ayat ke 32 terjemahannya:
Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.
Friday, 9 December 2011
hr yg meletihkn..............
huh....ari ni hari yg plg letih tiap-tiap mgu...hari aq n skuad 09,10,11 siap suda mnjalani latihan kawad...bg skuad 09,n 10, kne kawad b;senjata kt PGA...ase nk tercabut tgn ni..klu hr2 mcm ni aq ase mmg lumpuh aq d biuatnyer...huhuhu...brat giler pegang M16. nt d tauliah nt aq xthu la gane...=)
Malaysia menduduki tempat pertama di kalangan negara Asean dari segi paling ramai rakyatnya memiliki obesiti dan tempat keenam di kalangan negara Asia Pasifik, Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata perkara ini perlu diberi perhatian semua pihak. "Kita serius diancam dengan pengambilan gula berlebihan yang menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah diabetes," katanya semasa menjawab soalan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong). Dr Tan ingin tahu tahap penggunaan gula berlebihan di Malaysia berbanding negara lain dan tindakan yang diambil kepada sesiapa yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan. Rosnah berkata kadar pengambilan gula di kalangan rakyat Malaysia adalah terlalu tinggi iaitu purata 51 gram, melebihi saranan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 50 gram. Katanya sebanyak 1,266 sampel makanan telah dianalisis pada tahun 2009 untuk bahan pemanis di mana 7.3 peratus atau 92 sampel didapati melanggar standard yang ditetapkan. "Manakala pada tahun 2010 sebanyak 2,004 sampel makanan telah dianalisis di mana 5.4 peratus bersamaan dengan 108 sampel didapati melanggar standard ditetapkan," katanya. Mengenai tindakan, beliau berkata selain tindakan mahkamah yang diambil terhadap pihak industri, kerajaan juga mengeluarkan amaran kepada seluruh negara untuk memaklumkan produk yang melanggar Peraturan-peraturan Makanan 1985 yang tidak dibenarkan. "Tindakan pihak kementerian adalah dengan melaksanakan pengambilan sampel dari semasa ke semasa untuk memastikan makanan yang dijual di pasaran adalah terdiri daripada makanan yang selamat dimakan," katanya. Gambar hiasan - BernamaMalaysia menduduki tempat pertama di kalangan negara Asean dari segi paling ramai rakyatnya memiliki obesiti dan tempat keenam di kalangan negara Asia Pasifik, Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata perkara ini perlu diberi perhatian semua pihak. "Kita serius diancam dengan pengambilan gula berlebihan yang menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah diabetes," katanya semasa menjawab soalan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong). Dr Tan ingin tahu tahap penggunaan gula berlebihan di Malaysia berbanding negara lain dan tindakan yang diambil kepada sesiapa yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan. Rosnah berkata kadar pengambilan gula di kalangan rakyat Malaysia adalah terlalu tinggi iaitu purata 51 gram, melebihi saranan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 50 gram. Katanya sebanyak 1,266 sampel makanan telah dianalisis pada tahun 2009 untuk bahan pemanis di mana 7.3 peratus atau 92 sampel didapati melanggar standard yang ditetapkan. "Manakala pada tahun 2010 sebanyak 2,004 sampel makanan telah dianalisis di mana 5.4 peratus bersamaan dengan 108 sampel didapati melanggar standard ditetapkan," katanya. Mengenai tindakan, beliau berkata selain tindakan mahkamah yang diambil terhadap pihak industri, kerajaan juga mengeluarkan amaran kepada seluruh negara untuk memaklumkan produk yang melanggar Peraturan-peraturan Makanan 1985 yang tidak dibenarkan. "Tindakan pihak kementerian adalah dengan melaksanakan pengambilan sampel dari semasa ke semasa untuk memastikan makanan yang dijual di pasaran adalah terdiri daripada makanan yang selamat dimakan," katanya. Gambar hiasan - Bernama
huh....susahnyer nk tido.....
adoi....tiap2 hari ase susah nk tido....musang agaknyer mato aq ni...bini dh naek ngeluh dh tido lwt skmo...klu nk ikotkn mmg aq nk tido awl tp apekn daye...mato ni xnk lelap ugk...ape pn naseb baek ade ugp wireless ni,, bleh la ugk aq wt teman time jad musang ni.....huhu
Subscribe to:
Comments (Atom)


